Monday 19 May 2014

Farha dan baby walker

Assalamualaikum..

Abi pernah cakap masa ummi mengandungkan Farha tahun lepas..
"ummi, untuk baby ni jangan bagi naik walker ye"..
tapi ummi ambik juga walker kakak bagi Farha naik..
emmm susah jugak kalau tak bagi walker pada Farha..

 baby walker ni melambatkan perkembangan baby..
betul juga sebab dah terjadi pada kakak Amni dulu..
perkembangan kakak memang lambat..
1 tahun 4 bulan baru boleh berjalan..

Untuk Farha kali ni, letak jugak dalam walker..
kali ni ummi tak kerja..Farha langsung tak boleh nak berenggang..
nak berdukung dan hadap muka mak dia sentiasa!..haha jenuh gak la..
Abi nak tak nak pun iyakan jugakla..tapi dengan satu syarat..
kena sentiasa tengok anak!..OK BOS..hehe
kali ni ummi tak nak kerap sangat biarkan Farha dalam walker..

Baby Walker boleh mendatangkan bahaya pada anak..

Ohh yang ni sudah pasti..dah berlaku pada kakak dulu..
jatuh 3 anak tangga dengan walker..
memang cuak sangat lah bila dah jadi macamtu..siap lebam-lebam lagi..
memang kami takut sangat time tu..bawak pi hospital,
alhamdulillah doktor cakap takda apa-apa dan
sila hati-hati ye dan pantau anak..:)
Kali ni kami letak kat rumah Gerik ja..
balik kampung tak bawak balik..kat sini takda tangga..

Ummi letak Farha untuk ummi senang buat kerja, solat, sidai baju..
senyum ja dia dok dalam tu..dah pandai pusing-pusing satu rumah..







No comments:

Post a Comment