Friday 4 September 2015

Muhammad Ayyid Muhie

Assalamualaikum


Alhamdulillah..anak ketiga ummi dan abi..anak jantan..hahaha
Mula-mula taknak tau jantina tapi masa 35weeks..
time check up kat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh..
Doktor tanya.."Puan..You tau tak lagi jantina anak?..emm belum..tapi 
rasa macam boy..betul tak doktor?..hehe doktor tunjuk scan..
clear benar nonot dia walaupun scan biasa ja..




MUHAMMAD AYYID MUHIE
3 May 2015

Muhammad - Yang Terpuji
Ayyid -Yang Kuat
 Muhie - Yang Memberi Ispirasi

Ayyid = yang kuat..pastu ramai yang kata..patutla kuat teriak..haha nama pun kuat..
emmmm ayyid ni sama macam kakak-kakak dia..3 bulan baru ok..3 bulan pertama tu 
teramatla mencabar..menangisssss..nasib baik ummi ni penyabar orangnya..:)
sebab dah biasa..ummi dah bersedia dari segi mental..emosi nak hadapi
kalau baby kuat nangis..walaupun masa mengandung berdoa
agar kali ni baby okay tak menangis..tapi Allah Maha Mengetahui..
mungkin ini ujian agar ummi bersabar dalam menjaga anak-anak..

(terpaksa edit kat leher mak..nak jaga aurat mak)

Kali ni dapat berpantang dengan mak..walaupun dapat pantang 2 minggu 
ja dengan mak..sangat bermakna..tak sampai hati nak dok lama-lama..
kesian kat mak..tapi dia seronok bila dok dengan dia..dalam masa 
yang sama dia pening dok dengar budak-budak nangis..
Bila ummi dok mengadu sakit plus anak dok kuat menangis..
mak jadi susah hati..malam-malam dia tak boleh tidur..
luka ummi..40 hari baru betul-betul baik..Alhamdulillah
ummi senang bersalin..tapi part luka ni memang payah nak sembuh..
mungkin ada dosa ummi kat mana-mana..kifarah..:(
kesian mak..saayang mak sangat-sangat..masa nak balik..mak menangis..:(
tapi ummi kesian..ummi sambung pantang kat Ipoh..berpantang dah
tak serupa pantang..tak dan nak pakai stoking bagai..semua kena buat sendiri..




Permata hati ummi dan abi..
Letih sangat bila ada anak kecik dan rapat-rapat macamni..
kadang-kadang rasa nak menangis..macam-macam ragamm..
abi selalu pesan..ummi sabar lah..nanti depa dah besar..
budak-budak ni akan sayang sangat kat ummi..:)
pasni nak merancang..4 tahun lagi kot baru nak tambah..hehehe
Insha Allah

Saturday 4 April 2015

lamanya tak jenguk blog sendiri..:)

Assalamualaikum...

Dah berbulan-bulan tak jenguk blog..tak sempat..fb pun sehari jarang sangat tengok..
dah tak tau nak buat apa bila online..sibuk melayan anak-anak..
dan rasa sangat letih..nak pegang hp pun malas..

Kandungan sekarang pun dah masuk 33 minggu..
sekejapnya masa berlalu..rasa tak sabar pulak nak 
menunggu kelahiran si kecik..Farha pun dah nak masuk setahun
4 bulan..dah banyak akai..hihi

Pregnant kali ni ummi tak pi scan jantina..abi cakap kita jimat la duit..
ummi faham..sekarang abi sorang yang keja..dulu ummi
guna duit sendiri untuk scan..kali ni kita surprise jelah..
yang penting sentiasa berdoa agar anak yang yang dikandung
ini sihat sempurna dan selamat dilahirkan..
hari-hari baca surah yasin, surah maryam, surah lukman dan surah-surah
yang diamalkan semasa mengandung..teringin nak khatam satu al-quran..
tapi secara jujur ummi tak dapat baca semua sebab
ada beberapa surah yang ummi tak lancar nak baca..
InshaAllah akan sentiasa memperbaiki bacaan..

Semoga kelahiran anak ini dipermudahkan..
masih lagi terbayang-bayang masa bersalinkan Farha tahun 2013..
rindu nak pegang baby..ummi suka budak-budak..
kalau rezeki anak ramai alhamdulillah..

Okay..doakan saya selamat melahirkan ye..
nanti bila free, update lagi..:D