Wednesday 23 November 2011

percutian yang dinanti..


Tahun ni holiday ke Sabah pula, tahun lepas dah pi Pangkor..Alhamdulillah PIL belanja percutian kali ni..kalau tak memang umi takkan merasa lah nak pi sana.Takat pi Penang takpun ke Pangkor lagi. Tu ja yang dekat dan yang paling penting jimat kos..Nak pi sana 5 hari..lama jugak, mesti best..sebab abah dulu pernah mengajar kat sana so abah dah lama sangat tak pi sana..En Apiz awal-awal dah suruh umi list tempat yang best tapi yang umi tau Pasar Pilipin ja, yang lain tak tau..sat gi nak Google..haha dalam kepala otak dok pikir nak shopping!..harusss (padahal duit pun nan ado..)

Abi dah booked homestay..kami dok homestay ja,macam berbaloi sikit sebab ada dapur,dan peralatan dapur yang lain..mesin basuh pun ada..pakaian boleh la bawak sikit-sikit sebab boleh basuh kan..tak yah nak bawak banyak beg..kalau boleh baju umi, abi dan amni semua dalam 1 beg je cukup..stoller pun takmo bawak..bergilir-gilir la dukung amni..:P 



Abi booking set hijau..RM160 semalam..stay 4 hari 3 malam rasanya..umi pun tak ingat sebab abi yang deal dengan tuan rumah..28hb bermalam kat rumah mertua Pak Njang Alias..diorang bagi pinjam kereta..senang sikit nak jalan-jalan nanti..:)

esok dah nak balik kampung..Jumaat ni abi ada appointment dengan doktor..Sabtu pagi baru pi KL kot..Mak, abah dan kak long pi Jumaat malam naik train..naik kereta dah tak muat dengan beg lagi..

okay, baju tak habis kemas lagi..nak bawak balik semua baju-baju umi..
sedih pulak nak tinggal abi dekat Gerik..

tak mo bagi dah..


Inilah masalah yang umi hadapi sekarang..nak amni stop dari menggunakan puting kosong.Sekarang dia tak boleh berenggang dengan puting..Dari dulu lagi taknak bagi tapi disebabkan baby kuat menangis masa dalam pantang umi takda pilihan, terpaksa jugak bagi untuk menenangkan baby..siang malam menangis tak berhenti..kalau berhenti pun adalah dalam sejam pastu nangis balik..

Walaupun ramai ibubapa menggunakan puting kosong untuk menenangkan bayi mereka, setengah ibubapa amat tidak gemar menggunakannya. Yang lain yang memikirkan mereka tidak akan menggunakannya sebelum bayi lahir bertukar fikiran apabila berhadapan dengan bayi yang menangis..http://www.babycenter.com.my/malay/baby/daily-care/puting-kosong/

Sumber yang umi dapat dari babycenter-Jika anak anda menghisap puting kosong sepanjang masa dan tidak mahu bercerai puting seperti yang dihasratkan anda, cubalah idea-idea ini:
  • Dengan perlahan kurangkan masa anak anda dibenarkan menggunakan puting.
  • Hadkan penggunaan puting kosong untuk masa-masa utama saja dalam sehari, seperti masa tidur atau apabila anak anda sakit. Bertegaslah.
  • Beri ganjaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, stiker atau carta bintang - jangan berikan gula-gula untuk menggantikan puting.
  • Tunjukkan kepadanya budak perempuan dan lelaki yang lebih tua, yang tidak menggunakan puting - kanak-kanak prasekolah suka dianggap lebih tua.
  • Galakkan anak anda memberikan semua puting kosongnya kepada seorang yang penting baginya, seperti tok atau nenek.
Yakinilah yang anak anda akan dengan perlahan-lahan melepaskan penggantungannya kepada puting kosong.

InsyaAllah, akan dipraktikkan..Sekarang umi dah hadkan penggunaan puting kosong untuk amni..kena sorok..kalau tak sorok dia akan cari..tapi sekarang dah pandai merayu kat umi nak puting..
harap-harap berjayalah..:)

 susah nak dipisahkan..kalau sorok pun dia akan cari sampai dapat..
mulut asyik nak nyot-nyot..susahlah camni..

Monday 21 November 2011

dia dan saya

Kali ni nak cerita tentang dia..Tentang dia ye.budak tecik ni..bukan Tentang Dhia kt tv3..
hehe tapi cerita tu memang best.. 
memandangkan ummi baru buat blog yang baru..
ummi nak cerita sikit tentang dia..:D

Lahir 27 Jan 2011


dah nak masuk 10 bulan..alhamdulillah,semoga amni diberi kesihatan yang baik dan jadi anak yang solehah..jumaat ni dah balik kampung tak tau sempat ke idak nak tulis kat sini..minggu bercuti ke Sabah..Terima Kasih tak terhingga untuk mak dan abah sebab sudi sponsor..:) tahun ni nak pergi bercuti sebab dah ada cucu..seronok sikit..tahun lepas umi pi Pangkor dengan abi..Lepas balik dari Pangkor, tup tup ada amni dalam rahim umi..dan kawan abi cakap penangan honeymoon kat Pangkor kot..Alhamdulillah..Setahun menunggu dan umi berkorban tinggalkan kerja yang umi sayang demi nak dapatkan baby..dulu umi kerja dekat Bangi..tak larat nak berulang alik ditambah dengan stress, umi decide untuk berhenti..abi tak kasi sebab klau dateline dah dekat, umi kena balik lambat..Abi dah lah jauh..kadang-kadang umi balik pukul 12malam..terpaksa officemate lelaki yang kena follow kot belakang,tapi umi minta izin dengan abi sebab umi memang takut nak balik sorang..jalan nak blik tu sunyi sepi..umi pun tak suka juga, nak kena kejar dateline dan editor lelaki, so rasa macam tak sesuai sangat diorang bagi job majalah kat umi..happy sangat keja kat situ sebab kawan-kawan best..sapa yang boleh bertahan dengan orang atas sesuai la dapat keja tu..umi tahan..tapi abi dah tak kasi sebab dah kawen..malam-malam kena balik lambat dan yang tinggal semua pelukis..staff perempuan yang lain semua dh balik..kalau umi balik kerja umi takkan siap sebab dah nak balik baru editor bagi correction..:(

dialah peneman setia umi dikala sunyi,dikala gado-gado manja ngan en apiz..hehe
Syukur di atas anugerah yang tidak ternilai ini..

 suka tengok mata dia..bulattt..dulu masa pregnant, umi suka tengok mata arnab..nasib baik tak kenan..hehe
sekarang belum pandai merangkak,tapi dah boleh panjat-panjat..





kemas...kemas..

Hari ni rakyat Malaysia meraikan skuad harimau muda yang berjaya menjadi juara bola sepak malam tadi..walaupun kita tak menang keseluruhan tapi kita berjaya menang 'ibu segala pingat'..dan salam takziah untuk warga Indonesia yang meninggal malam tadi..

Pagi ni nak kemas rumah dan packing barang-barang ummi dan amni..sedih la pulak nak tinggal abi sorang-sorang kat sini..

Inilah dinamanya pengorbanan..semoga kita dapat bersama tahun depan..moga abi dapat tukar..

good luck harimau malaya..

Malam ni semua orang dok cerita pasal bola..malam ni final sukan sea Malaysia vs Indonesia..
tak minat sangat tengok bola..tapi apa2 pun tetap sokong M'sia!..:D

cuma tak berapa minat dengan sikap orang Indonesia sampai nak bakar bendera negara kita..ish ish..

ok...semoga M'sia berjaya menjadi juara..


Tuesday 15 November 2011

MC lagi..

Sapa yang MC..sapa lagi kalau bukan pokcik nih..
.
.
.
.
.
.
hehe nih gamba dulu-dulu..zaman study kat USM..kurus kering kan..sekarang dah berisi sikit..64kg..

Abi dapat mc lagi..dah 4minggu cuti..sakan betul..:D doktor sarankan 6 minggu untuk abi rehat betul-betul..takut sakit balik..so 6 minggu nih duduk kat kampung..tapi lusa balik Gerik kejap kot, abi kena isi borang apa ntah kat sekolah dan 23hb pulak exam spm subjek Addmath(subjek abi)..dia nak tengok students dia sekejap..nak bagi semangat kot..:)

dulu abi kurus..dan ramai perempuan tak suka dia sebab kurus+ tak hensem..(abi yang kata, umi tak kata)..bagi umi abi ok apa..dan bersyukur dapat kawen dengan en apiz ni..haha senyum sampai ke telingaaa

Umi tetap sayang abi dan terima seadanya..
love u so much..





Monday 14 November 2011

diam

Berdiam diri lebih baik..tapi kalau asyik macamni bila nak maju..jangan biar diri terus ditindas..


si tecik yang tengah blurr..samalah macam umi dia..:)

uiihhh..umi tak kasi makan ke?

 amboi cek, lapar sangat ke?..bersungguh-sungguh masukkan kaki ke dalam mulut..ish..ish..

macam tak cukup makan ja..padahal time tu baru sudah makan..:D ramai pulak dok cakap.."Amni nak dapat adik la tu"..selalu sangat dah dia buat camni tapi belum ada rezeki lagi untuk 'Adik'..ummi tak makan pil or suntik untuk family planning.takmolah makan pil ke apa ke..setakat ni berjaya rancang sendiri selama 9 bulan..tapi start dari bulan lepas dah tak planning..abi teringin nak ada baby lagi...kalau ada lagi alhamdulillah..teringin sangat-sangat nak pregnant kembali..hehe tapi buat masa ni umi nak struggle untuk dapatkan keja..Start dari tahun depan umi kena berjauhan dengan abi..umi dah daftar kursus jahitan dekat GiatMara..tak taulah dapat ke tak..

Okeh..esok teman abi pi follow up dengan doktor dekat KPJ Perda..

P/s: apa kena mengena hisap ibu jari kaki dengan nak dapat adik??

Friday 11 November 2011

MODE : sedih lagi..

Tadi dapat mesej dari abi kat FB..abi balik rumah Titi Serong sekejap..masih lagi diselubungi rasa sedih sebab tak dapat tukar..kesian kat abi..umi pun ingatkan..jangan cepat mengeluh..kita cuba lagi dan sentiasa berdoa agar dapat rezeki untuk tukar tahun depan..malam tadi dia tak boleh tido..fikirkan masa depan..kalau dapat pindah kami plan nak beli rumah..


arghhh sebak pulak dah..abi pun nak sangat umi keja sebab kalau boleh dia pun tak nak umi sia-siakan minat umi untuk keja dalam bidang yang umi study dulu..tapi belum ada rezeki lagi..InsyaAllah..selalu berpesan pada diri sendiri.."okeh, jangan give up..pasni cuba lagi" walaupun pastu sure berlinang dengan air mata..:(

Thursday 10 November 2011

Sedihnya hati...

Tadi abi check result e-gtukar..jawapan yang mendukacitakan..:( aku pun sedih abi tak dapat tukar..dan start tahun depan kena dok kampug dan abi cakap "kalau umi nak cari keja kat mana2 umi carilah..kalau dok kat Gerik sampai bila la nak dapat keja.."

Sedihh...:(

InsyaAllah akan ada rezeki juga nanti..
pesanan utuk diri sendiri:

Jangan cepat putus asa!

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik,
dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan"
(Surah Yusuf:18)

Wednesday 9 November 2011

imbau kembali..

Memandangkan umi baru buat blog..umi nak flashback balik apa yang dah berlaku pada tahun ni..:)


 27 Januari 2011
Lahirlah puteri pertama umi da abi..
Amni Saffiyah Mohd Hafiz..
Masa dalam pantang kuat nangis sampaila umur 50 hari baru ok..
sekarang ramai pulak dok cakap "baiknya budak ni, tak heran pun kat mak dia"..yo lah tu..
itu tang mood dia tengah baik..


April 2011..(tak ingat bufday 2 orang budak botak nih) 
tapi lahir pada bulan yang sama..beza dalam 6 hari je kot..
mak2 sedara panggil "geng gonjeng"..hehe
memang montel..kalahkan amni..


5 Jun 2011
2nd anniversary..
luv u hubby..


Julai 2011
Mak dan abah menunaikan umrah dan berpuasa di Mekah
(40 Hari)..


Ogos..
Beraya di rumah tok som..tahun ni semua raya di PB..


dan yang paling latest sekali..
Oktober 2011..
Abi masuk ward (3 hari 2 malam)..Hospital KPJ, Perda..
Sebab..anal fissure