Wednesday 23 November 2011

tak mo bagi dah..


Inilah masalah yang umi hadapi sekarang..nak amni stop dari menggunakan puting kosong.Sekarang dia tak boleh berenggang dengan puting..Dari dulu lagi taknak bagi tapi disebabkan baby kuat menangis masa dalam pantang umi takda pilihan, terpaksa jugak bagi untuk menenangkan baby..siang malam menangis tak berhenti..kalau berhenti pun adalah dalam sejam pastu nangis balik..

Walaupun ramai ibubapa menggunakan puting kosong untuk menenangkan bayi mereka, setengah ibubapa amat tidak gemar menggunakannya. Yang lain yang memikirkan mereka tidak akan menggunakannya sebelum bayi lahir bertukar fikiran apabila berhadapan dengan bayi yang menangis..http://www.babycenter.com.my/malay/baby/daily-care/puting-kosong/

Sumber yang umi dapat dari babycenter-Jika anak anda menghisap puting kosong sepanjang masa dan tidak mahu bercerai puting seperti yang dihasratkan anda, cubalah idea-idea ini:
  • Dengan perlahan kurangkan masa anak anda dibenarkan menggunakan puting.
  • Hadkan penggunaan puting kosong untuk masa-masa utama saja dalam sehari, seperti masa tidur atau apabila anak anda sakit. Bertegaslah.
  • Beri ganjaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, stiker atau carta bintang - jangan berikan gula-gula untuk menggantikan puting.
  • Tunjukkan kepadanya budak perempuan dan lelaki yang lebih tua, yang tidak menggunakan puting - kanak-kanak prasekolah suka dianggap lebih tua.
  • Galakkan anak anda memberikan semua puting kosongnya kepada seorang yang penting baginya, seperti tok atau nenek.
Yakinilah yang anak anda akan dengan perlahan-lahan melepaskan penggantungannya kepada puting kosong.

InsyaAllah, akan dipraktikkan..Sekarang umi dah hadkan penggunaan puting kosong untuk amni..kena sorok..kalau tak sorok dia akan cari..tapi sekarang dah pandai merayu kat umi nak puting..
harap-harap berjayalah..:)

 susah nak dipisahkan..kalau sorok pun dia akan cari sampai dapat..
mulut asyik nak nyot-nyot..susahlah camni..

No comments:

Post a Comment