Saturday 16 August 2014

Farha Irdhina..8 bulan..

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar Farha Irdhina dah pun 8 bulan..cepatnya masa berlalu..
 macam baru lagi melahirkan si kecik nih..


Sekejap je dah besar dik..
Farha masih lagi belum merangkak..tapi kakak dulu pun 
lambat juga..perkembangan setiap baby tak sama..:)




Semoga Farha membesar dengan sihat hendaknya..Aminn


YA Allah...
Lindungilah anakku dalam teduh kurnia-Mu
Bimbing anakku di setiap persimpangan yang membuatnya bimbang
Beri kemuliaan budi agar membuatnya bererti
Titiskan kebesaran jiwa agar membuatnya bermakna
Sentuh hatinya dengan semangat tulus untuk berkongsi
Tanamkan keyakinan terhadap kebaikan
Penuhi tekadnya dengan kerja keras dan pantang menyerah
Teguhkan peribadinya agar tidak mudah goyah

Ya Allah..
Terima kasih untuk kurnia terindah ini
Terima kasih untuk anugerah tidak ternilai ini

Amin

Aidilfitri 2014

Assalamualaikum..

Tahun ni kami raya berempat..:) Last year Farha takda lagi..seperti biasa
setiap tahun beraya dekat rumah MIL dulu..tahun depan nak beraya rumah mak pulak..
nak bergambar dengan family ummi..bila kami balik rumah mak, 
semua orang dah abis bergambar..agak sedih sikit disitu..:)
tapi ummi tak sampai hati, keluarga sebelah abi tak ramai, 
cucu pun ada dua orang ni ja..kalau ramai meriahlah sikit kan..
InshaAllah tahun depan mungkin 
tambah lagi sorang..(Baby kak long).. Ikutkan kak long dah pregnant
masa raya hari tu, tapi kak long miscarriage Isnin lepas..
moga kak long tabah..mungkin Allah s.w.t ada perancangan
yang lebih baik..



Tahun ni tema pink..terima kasih mak dan abah..setiap tahun mak dan abah
 akan beli kain untuk anak dan menantu..

bergambar dengan mak tersayanggg..
muaah sayang mak..


keluarga kecik kami..InshaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,
akan tambah lagi..lagi dan lagi..hehe
Nak 5 orang..boleh tak abi?? 
(ummi tau abi selalu curi-curi baca blog ummi ni..kannn)

Throwback..Amni masa kecik

Assalamualaikum..

Sejak dah pindah Ipoh, dah jarang ummi update blog..jarang dok kat komputer..
surf internet guna handphone kecik ummi tu je..itupun guna wasap dan facebook..
Tv pun dah lama tak tengok..bukan apa, ummi nak jimat elektrik..
buka komputer je bagi kakak tengok movie kartun..Pastu ummi dok kat 
dapur belajar masak..hehehe Alhamdulillah elektrik bulan ni bawah RM50..
selagi boleh ummi akan berjimat cermat..ummi tak nak bebankan abi
walaupun abi kata dia bajet elektrik bulan-bulan dalam RM100..
tapi tak sampai RM50 alhamdulillah lagi rm50 boleh guna kot lain..

Ummi on laptop abi..jumpa lah gambar-gambar amni masa kecik dulu..Ya Allah..
rindunya time Amni masa ni..sekarang kakak dah besar..dah banyak cakap..
dan macam-macam sampai tak larat nak melayan..





cepatnya kamu membesar kakak!

muka sebijik ikut abi dia..adik ja yang ikut muka ummi kott..hihi