Monday 15 July 2013

nak berkongsi doa..

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Al-Mubarak..Alhamdulillah dah 6 hari berpuasa..
ummi pun takda rasa lapar sangat..kalau tak bulan posa..perut asyik kokret..kokret memanjang..hehe baby pun ok..walaupun ummi berpuasa, terasa jugak tendangan si tecik kat dalam..:) Semoga dapat berpuasa penuh kali ni..

Ummi ada satu doa nak berkongsi dengan kawan-kawan..(Ida, ko ambik kat sini tau..)
di bulan yang mulia ni eloklah jika di amalkan sebagai usaha untuk mendapat rezeki dari Allah S.W.T..
Doa ni Doa Mohon Rezeki..
Ummi ambil dari buku mak mertua..(Buku terbitan Indonesia)
Jika kita betul-betul yakin dan ikhlas, InshaAllah..
Allah akan memberi rezeki dalam apa jua bentuk..(jangan putus asa)
Allah menguji hambaNya..




Dibaca selepas Solat Isyak..InshaAllah diberi Allah S.W.T rezeki yang luas..
doa ni panjang..baca dengan tenang lepas Isyak..100 kali..

Amalan lain yang ummi amalkan(hanya nak berkongsi)
ramai kawan yang bertanya..

1. Berubah (dekat diri dengan Allah S.W.T)
2. Bangun malam..(pukul 3 pagi, Solat hajat dan solat taubat..)
3. Baca Al-quran (Surah Maryam, Surah Yasin, Al-Waqiah dan Al-Mulk)
4. Solat sunat dhuha (lepas solat baca surah Al-Waqiah)

Download kalendar untuk tentukan kesuburan..(ummi dowload 'Mydays')
setiap bulan tanda bila cik p datang..nanti senang nak kira waktu subur..
yang ummi tahu..hari ke14 lepas period..

 ummi ambil produk untuk lancarkan
cik p..bila setiap bulan cik p mai tetap..(contoh 30hari)
lagi senang nak tahu waktu subur..dalam mydays, dia akan bagi tahu
bila tarikh subur..(tapi kena tahu kitaran setiap bulan berapa hari dan set dekat mydays.)
pastu satu lagi ummi ada baca kat blog Dr Zubaidi..kitaran setiap orang tak sama ..
 ada yang 28, 30, 35 atau lebih..kena tolak dengan 14..kalau 28hari - 14 = 14
 (bermakna hari ke 14, hari subur)

Ini sahaja yang yang dapat ummi kongsi..
Jangan cepat putus asa tau..itu yang penting..

Assalamualaikum..



2 comments:

  1. sayasaya suka part jagan putus asa tu... kena yakin padaNYA...

    ReplyDelete
  2. betul tu..jgn mudah putus asa..:)

    ReplyDelete