Tuesday, 11 June 2013

Kali kedua..positif..

Assalamualaikum...


Ummi gugur 8hb Mac..masa pantang ummi start ambil acid folic dan alfafa..search kat google,
sebelum datang Cik P after MC boleh berlaku ovulasi..ada yang cakap lebih subur..
gerak hati kali ni kuat rasa yang ummi pregnant balik..
seminggu sebelum 8hb April (kiranya genap sebulan gugur)..ummi dah rasa lain macam..
sakit kat ari-ari..Mak kata rahim ummi belum sembuh lagi kot..mungkin juga..
setiap pagi nak bangun subuh dan tanpa gerak banyak..
ummi check suhu badan guna termometer dan catit kat ''Mydays"..
setiap hari suhu meningkat..dari 36.3 hinggalah 36.9..dalam hati rasa "aku pregnant ni"
cehh pandai-pandai ja agak..sebenarnya banyak cara nak tahu bila subur dan tanda-tanda hamil..
semua ummi google kat tenet..Alhamdulillah berhasil..nanti ummi cerita..

 Check kat pregnology..ummi akan datang next cik p..
12 April..kat pregnology bagi tarikh untuk check UPT 11hb.
.8 hb dah gatai check UPT tapi negative..hati ni tetap jugak rasa 'ada'..
sebab dapat rasa perubahan diri..ummi beli pregnancy test ada la dalam 2-3-4..hehe
bukan apa..umi sakit ari-ari..berlarutan setiap hari..risau sangat..kalau 
boleh nak jaga betul..bila dah rasa "ada"..ummi dah start jaga pergerakan dan makan..

10hb ummi check time nak ambik wuduk sembahyang subuh..naik satu line ja..
tinggal upt dalam toilet..sejam lepas tu saja nak tengok balik..tiba-tiba ada line kedua..
dah terasa apa yang umi agak tu betul..esoknya sakit pinggang sangat dan ari-ari belah kanan..
pi klinik ambik MC sambil tunjuk UPT yang samar tu..Doc scan tak nampak apa-apa..
cuma rahim dah menebal..Doc cakap anggap ja macam ada..tunggu lagi 2 minggu
try check balik..6hari lepas tu still sakit..pi klinik kesihatan..pagi sebelum p klinik..
buat UPT lagi dan naik line yang terang..tapi masih sakit kat bawah perut..yakin yang
ummi pregnant..tapi dok risau sebab sakit..mana tak risau..sebab belum
sebulan gugur lekat balik..risau rahim belum cukup kuat..ummi ingat ummi jenis
susah nak lekat..tu yang tak pantang..tapi perancangan Allah kita tak tahu..
Syukur Alhamdulillah..cuma kena jaga-jaga..jangan angkat berat dan lasak sangat..

Pi klinik..bagitau doktor  ummi check positif dan bagitau baru lepas gugur
..so doktor suruh check urin kat klinik..tapi negative..terkejut sangat..
UPT ummi rosak ke UPT klinik rosak??..
bagitau doktor 'pagi tadi saya check terang sangat line dia.."Awak nak period tu.."
boleh pulak doktor cakap macam tu..tak prihatin dengan pesakit..
"tak doktor, saya rasa saya pregnant tapi saya sakit bawah perut..
Doktor tetap jugak tak percaya..dan suruh buat Pad smear..
bersungguh-sungguh dia suruh buat pad smear..ummi pun dengan rasa 
blur pi jugak masuk bilik dan landing atas katil..nurse pun dah keluar alat
untuk buat pad smear..tiba-tiba terfikir..kalau pregnant mana boleh buat..
terus tanya nurse..Nurse kata kalau pregnant tak boleh..
terus cakap takmo buat..kalau tak pregnant pun biar mai cik p dulu..
nurse report kat doktor..Doktor dah macam nak marah sebab tak dengaq 
cakap dia..terus suruh buat scan..tapi scan tak nampak..dia bagitahu kat doktor
pakar ummi tak percaya cakap dia yang ummi tak pregnant..
takpalah..biar saya datang cik p baru saya nak buat..
rasa terkilan ngan doktor tu..Doktor yang tak prihatin..

 

3 hari lepas tu abi bawak pi Klinik Muslimah..check dengan pakar..
doktor kat situ cakap.. Awak betul mengandung ni sebab terang sangat
..tapi scan tak nampak apa-apa..takut luar rahim..
kat sini tak da alat lain..hanya scan ja..so doktor ambik darah
nak tentukan sama ada luar rahim atau tak..tapi boleh dapat tau result dalam seminggu..
lamanya nak tunggu..kalau betul luar rahim memang bahaya..tak boleh biar lama-lama..
Ya Allah..masa tu rasa nak menangis..takut..sebab
bawah perut masih sakit..
Okay..nanti sambung next entry.. panjang sangat dah ni..:)

3 comments: