Sunday 20 January 2013

rindu amni dan abi

Assalamualaikum..w.b.t

Hari ni Amni ikut abi balik Gerik..Sunyi sangat tak da dak kecik sorang tu..ummi sorang-sorang...
rasa nak nanges pulak..Atin teringin nak pi sana sebab kat rumah MIL takda internet..so dia nak
stay umah abi minggu ni..nak tak nak dia kena mengasuh amni..sebab mak nak pi mengaji..abah nak pi kebun..umi juga rindukan abi..harap-harap tahun ni abi dapat tukar..
rindu sangat nak tinggal sekali..nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri..
tiap kali abi balik kerja ummi dan amni tunggu siap-siap depan pintu..rindunya saat tu..:(

kali ni bagi abi peluang jaga anak..dah lama dia teringin nak bawak amni..abi sunyi kat sana..
sekarang ummi pulak rasa kesunyian...harap-harap sekolah dapat cuti jumaat ni..kalau cuti
hari rabu petang abi balik sini..Khamis cuti sempena maulidur rasul...




Amni...Ummi rinduuuu....:( 

abi dan amni...cepatla balik sini..:(



Lukisan dikala ummi tengah boring...dah lama tak melukis..
Dulu masa mula-mula nak minta kerja kat AMSB ummi apply juga 
jawatan untuk pelukis..haha bila difikir balik nak tergelak pulak..
nasib baik tak dapat..bos bagi jawatan DTP Artis 
bila dah start keja baru tau kerja pelukis macamana..susahh.
kalau ummi dapat jadi pelukis..ntah-ntah dah botak kepala..hikhik..

Rindunya nak kerja balik kat sana..:( sangat berbeza dengan kerja ummi sekarang..tapi ummi 
bersyukur dengan kerja sekarang..rezeki ummi disini..cuma disini ummi kena lebih bersabar..
kalau kat AMSB, setiap hari isnin ada ustaz jemputan akan datang untuk 
bagi tazkirah untuk staff..dan setiap bulan puasa pulak, semua staff harus bertadarus
sehingga katam Al-Quran..ummi sangat suka dengan situasi kerja di sana..
bos amat mementingkan keagamaan..kadang-kadang kami akan solat jemaah 
dan baca Yassin dan Tahlil di ofis..

Hari tu kak Ina ada bagitau AMSB nak pakai pereka grafik..sangat2 memerlukan..
dia minta sangat ummi kembali kerja kat sana..tambah-tambah haji Fuad..
dia selalu ajar ummi tentang tajwid..masa ummi kahwin dia hadiahkan ummi
buku manzil..Abi kata boleh tapi kena fikir pro dan cons..
sekarang dah ada amni..memang susah lah kalau nak pi sana balik..
dan ummi jugak fikirkan mak..nanti sapa yang nak jaga mak..:(


No comments:

Post a Comment