Monday 31 December 2012

Tahun Baru..2013

Assalamualaikum...

Terasa agak lama tak mencoretkan sesuatu dalam blog ni...
bukan malas tapi tak tau apa nak tulis..:)
1.12 am : esok cuti..belum mengantuk lagi..layan jiwang sekejap dengar Suriafm..
lagu boleh tahan jugak jiwang..teringat pulak kenangan masa sekolah dulu..
2012 telah melabuhkan tirainya..selamat datang 2013..
Banyak suka duka dalam tahun ini...
En Apiz pun dah kembali ke Gerik..menjalankan tugas sebagai pendidik..
walaupun sekolah bermula hari rabu..Hari ni pagi-pagi lagi abi dah balik..
Sayunya hati ini..Semoga tahun ini abi dapat tukar..
Jangan putus asa ye sayang..Tahun ni kalau tak berjaya juga,
 kita cuba buat rayuan dekat Putrajaya..

Dapat whatsApp dari En Apiz : "Selamat  tahun baru!..Azam tahun ni nak jadi semakin alim..
kurus dan tambah anak.."..:)

Ummi pun sama..semoga kita sama-sama perbaiki diri dan hiasi peribadi
ke arah yang lebih baik..tahun ni (2013)..kak long(kakak ipar)
akan menamatkan zaman bujang..so kami akan
dapat abang ipar..macam-macam abi pesan..jaga aurat!..

InsyaAllah..ummi akan patuhi pesan suami..thanks sebab membimbing saya dan
mengingatkan saya..

Semoga Cinta Kita Hingga Ke Syurga...Ummi & Abi
Pic ikhlas dari akem..thanks akem..

RUMAH tangga yang aman damai akan terbina di antara 
gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan 
seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara 
wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud 
sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang 
gagah atau kelembutan isteri semata-mata.

Wedding Card Untuk Shuhada...

Tak lama lagi shuhada (bff ummi)..dah nak 
kawen..dia minta ummi buat kad kahwen..
 ummi ingat nk sponsor dalam 100 pcs..tapi
tak bagitau pun dia..untuk banting dah bagitau dah
ummi nak bagi..:)

simple je...    


No comments:

Post a Comment